Make your own free website on Tripod.com
BACK MENU UTAMA NEXT

 

ARTIKEL

PERBURUAN

 Aktiviti perburuan adalah satu ancaman yang sangat serius kepada kehidupan haiwan satu masa dulu. Dalam sejarah, haiwan mamalia laut seperti anjing laut, memerang, ikan paus dan beberapa haiwan laut yang lain diburu dengan giatnya untuk mendapatkan bulu, kulit, daging, lemak serta gading mereka. Mamalia darat seperti gajah, harimau, singa, badak dan lain-lain lagi juga diburu untuk tujuan yang sama. Aktiviti perburuan ini telah hampir-hampir melenyapkan atau telahpun melenyapkan beberapa spesies haiwan dari muka bumi ini sebelum aktiviti ini dikawal oleh beberapa perjanjian antarabangsa.

 

Pada masa ini aktiviti perburuan di negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Kanada dikawal dengan ketat dan orang yang melakukan perburuan tanpa lesen yang sah akan dikenakan denda yang sangat berat. Bagaimanapun ancaman aktiviti perburuan ini masih merupakan masalah yang serius di beberapa buah negara di Afrika dan di Asia walaupun negara-negara berkenaan juga mempunyai undang-undang yang ketat untuk mengawal perburuan. Ini adalah kerana negara-negara terbabit mempunyai bilangan penduduk yang sangat ramai tetapi mempunyai sumber makanan yang tidak mencukupi. Kegiatan ekonomi di negara-negara berkenaan juga tidak mantap. Binatang-binatang seperti harimau, badak sumbu dan gajah sama ada yang ditangkap hidup ataupun bahagian-bahagian binatang ini seperti gading atau kulit boleh dijual dengan harga yang tinggi. Pendapatan yang diperolehi daripada penjualan binatang-binatang ini atau bahagian-bahagian badan yang tertentu boleh menampung keperluan beberapa buah keluarga untuk beberapa bulan. Oleh itu penduduk-penduduk di negara-negara yang terlibat sanggup memburu binatang-binatang berkenaan walupun mereka tahu perbuatan itu salah dan boleh dikenakan hukuman yang berat.

 

Di Malaysia, aktiviti berburu tidak lagi menjadi ancaman serius kepada kehidupan haiwan kerana kerajaan telah menggubal beberapa undang-undang untuk mengawal aktiviti tersebut dan beberapa jabatan kerajaan dibentuk untuk memastikan undang-undang tersebut dipatuhi. Bagaimanapun masih terdapat haiwan-haiwan seperti harimau dan gajah yang diburu dan dibunuh bukan untuk tujuan komersil tetapi kemungkinan haiwan-haiwan tersebut telah memasuki pertempatan manusia dan mengancam nyawa atau tanaman penduduk-penduduk di situ. Hal ini banyak berlaku di kawasan pertempatan berdekatan dengan hutan yang baru dibuka. Walaupun hal ini agak jarang berlaku, memandangkan species harimau dan gajah ini kian berkurangan di Malaysia, pembunuhan seekor harimau atau seekor gajah boleh meninggalkan kesan yang mendalam kepada bilangan spesies tersebut.

Antara punca lain temasuklah perubahan habitat dan perniagaan haiwan

BACK MENU UTAMA NEXT

 

setstats 1