Make your own free website on Tripod.com

 

BACK MENU UTAMA NEXT

ARTIKEL

PERNIAGAAN HAIWAN

Perniagaan haiwan merupakan satu perdagangan besar di negara-negara seperti Amerika Syarikat, England dan Eropah. Haiwan eksotik seperti burung kakak tua, harimau, ikan dan beberapa haiwan lain yang hanya terdapat di negara-negara tropika seperti Malaysia, Thailand, Burma dan negara-negara di Amerika Selatan, atau haiwan-haiwan dari negara -negara di Afrika biasanya diseludup masuk ke negara -negara berkenaan untuk dijual sebagai binatang peliharaan. Memelihara binatang-binatang eksotik terutamanya haiwan-haiwan yang sukar didapati menjadi satu trend di kalangan orang-orang yang berkemampuan.

Oleh kerana perniagaan haiwan terutamanya haiwan-haiwan yang diancam kepupusan adalah diharamkan oleh undang-undang antarabangsa, kebanyakan haiwan-haiwan terbabit dieksport dan dijual secara haram. Biasanya haiwan-haiwan tersebut dihantar ke negara destinasi dalam keadaan yang sulit dan menyedihkan. Dari 10 haiwan yang diseludup masuk, biasanya hanya 1 yang mungkin sampai ke tangan pembeli dalam keadaaan yang baik dan selamat. Hal ini menyebabkan harga jualan bagi binatang tersebut meningkat tinggi . Haiwan-haiwan yang unik dan sukar didapati boleh dijual dengan harga yang sangat mahal dan hal inilah yang menyebabkan golongan-golongan tertentu sanggup menanggung resiko untuk menyeludupnya secara haram. Pembeli-pembeli pula sanggup menawarkan harga yang sangat tinggi kepada binatang-binatang tertentu kerana memiliki binatang-binatang tersebut melambangkan ketinggian 'status' seseorang atau kekayaan pribadi pembeli yang terlibat.

Selain daripada tujuan di atas, haiwan-haiwan tertentu terutamanya dari golongan primat seperti monyet dan chimpanzee biasanya dijual kepada institusi-institusi tertentu untuk tujuan penyelidikan. Haiwan-haiwan ini dijadikan bahan-bahan eksperimen untuk penyelidikan tingkah laku, penyediaan vaksin dan lain-lain lagi. Adalah dianggarkan lebih kurang 200,000 primat digunakan setiap tahun bagi tujuan tersebut sehingga menyebabkan beberapa jenis primat hampir pupus.

Kadangkala haiwan-haiwan juga ditangkap dan dijual kepada zoo atau sarkas untuk tujuan pertunjukan. Bagaimanapun hal ini tidaklah begitu serius sebagaimana haiwan-haiwan yang ditangkap dan dijual sebagai binatang peliharaan. Ini adalah kerana cara mengeksport haiwan-haiwan tersebut ke zoo umpamanya adalah lebih baik dan kebajikan haiwan tersebut lebih diutamakan.

Antara punca lain temasuklah perubahan habitat dan pemburuan

BACK MENU UTAMA NEXT
setstats 1