Make your own free website on Tripod.com
BACK MENU UTAMA NEXT

ARTIKEL

PERUBAHAN DAN PEMUSNAHAN HABITAT

Pada masa ini, perubahan dan pemusnahan habitat haiwan oleh aktiviti-aktiviti manusia merupakan punca utama kepupusan haiwan. Habitat haiwan berubah atau termusnah melalui beberapa proses seperti aktiviti pembalakan, kawasan-kawasan paya yang dikeringkan, tebing-tebing laut yang ditebus guna, sungai-sungai yang dikekang untuk membuat empangan, kawasan-kawasan hutan yang dibuka untuk tujuan pertanian dan pertempatan dan pencemaran yang berlaku akibat aktiviti-aktiviti tertentu.

Kesan daripada perubahan dan pemusnahan habitat ini kadangkala tidak dapat diketahui dalam jangka masa yang pendek. Kadangkala kesan ini juga tidak berlaku secara langsung tetapi ia berhubung kait dan boleh memusnahkan beberapa spesies haiwan setelah melalui satu jangkamasa yang panjang.

Pembukaan kawasan-kawasan hutan tertentu misalnya boleh memecahkan dan mengecilkan habitat haiwan-haiwan seperti harimau dan gajah yang memerlukan satu kawasan yang besar dan luas untuk mendapatkan makanan, perlindungan dan membiak. Kawasan habitat yan kecil menyukarkan haiwan-haiwan ini bersaing untuk mendapatkan makanan dan mengurangkan kebolehupayaan mencari pasangan untuk tujuan pembiakan. Kedua-dua hal ini boleh menyebabkan kematian haiwan-haiwan tersebut dan mengurangkan bilangannya.

Sungai-sungai yang disekat untuk tujuan membuat empangan mungkin menyebabkan haiwan-haiwan yang menduduki kawasan yang lebih rendah kehilangan sumber air utama mereka. Ini boleh menyumbangkan kepada kepupusan bukan satu tetapi beberapa jenis haiwan yang bergantung kepada sumber air tersebut.

Di beberapa negara-negara tertentu seperti di Indonesia, kawasan-kawasan hutan dibuka dan diterangkan untuk tujuan pertanian dan pertempatan mengunakan kaedah 'tebas dan bakar'. Kaedah ini memang amat mudah dan murah tetapi kadangkala ia boleh menyebabkan kebakaran hutan yang besar dan tidak dapat dikawal. Apabila hal ini berlaku beberapa spesies boleh termusnah dalam kebakaran tersebut mungkin untuk selama-lamanya. Kebakaran yang besar ini juga boleh menghasilkan asap-asap tebal dan menimbulkan masalah jerebu kepada negara berkenaan serta negara-negara jiran. Jerebu ini bukan sahaja menyukarkan penglihatan bahkan menimbulkan masalah kesihatan kepada manusia.

Antara punca lain temasuklah pemburuan dan perniagaan haiwan

BACK MENU UTAMA NEXT
setstats 1