Make your own free website on Tripod.com

                                                                    

BACK MENU UTAMA NEXT

  ANCAMAN

Ancaman kepada Landak

Walaupun mempunyai duri tajam dan aggressive, landak sering dijadikan mangsa oleh haiwan keluarga harimau (big cats) seperti harimau, harimau kumbang, Puma, atau Jaguar. Sungguhpun begitu, kadang-kala duri  landak mampu mencederakan harimau ini sehingga harimau pula yang menjadi mangsa dan akhirnya mati akibat jangkitan bakteria atau akibat kecacatan yang menyebabkan harimau tidak dapat mencari makanan

Selain itu manusia juga merupakan pemangsa landak yang paling rakus. Landak sering diburu oleh pemburu haram sebagai bahan makanan yang di eksport sehingga ke Hong Kong, Taiwan, dan China. Bagaimanapun perbuatan ini mengakibatkan kesan sampingan yang buruk terhadap mereka yang memakan landak ini. Ini disebabkan, landak sering di dapati di kawasan kelapa sawit atau kawasan ladang yang lain.

Oleh kerana ladang-ladang ini sering disembur dengan racun rumpai dan racun serangga, daging landak ini mempunyai kandungan racun yang terkumpul dalam lemak seperti DDT, atau "organophosphate". Akibatnya manusia yang memakan daging landak yang tercemar ini akan mengalami masalah kemandulan, kerosakan hati, spleen, buah pinggang, dan mudah terdedah kepada penyakit barah.

Selain itu, kawasan hutan yang sering diceroboh untuk diterangkan sebagai aktiviti pertanian, perladangan, dan perumahan menyebabkan kawasan habitat landak semakin mengecil dan ini menyukarkan landak untuk terus hidup kekal.

Racun yang dimakan oleh landak juga mengancam landak dengan menjadikan landak-landak tersebut mandul, menyebabkan landak mudah diserang penyakit disebabkan sistem pertahanan badan yang lemah, dan kerosakan organ badan seperti hati dan lain-lain.

 

BACK MENU UTAMA NEXT