Make your own free website on Tripod.com
BACK MENU UTAMA NEXT

ANCAMAN

DUGONG

Dugong adalah mamalia besar yang hidup di dalam air. Badannya agak lonjong dan berbentuk torpedo seperti anjing laut. Ia mempunyai muncung tumpul yang dipenuhi rerambut kasar. Ia tidak mempunyai anggota belakang tetapi mempunyai ekor yang lebar seperti ekor ikan paus. Anggota hadapannya telah diubahsuai menjadi alat perenang(swimming flippers). Setiap anggota hadapannya mempunyai tiga atau empat kuku dan anggota hadapan ini bertindak sebagai lengan yang boleh membantu dugong bergerak dalam air yang cetek, memegang dan mengarahkan makanan ke mulut dan bertindak sebagai sirip semasa ia berenang.

Kulit dugong agak tebal dan berkedut-kedut serta kasar. Tetapi kulit di bahagian leher dan lengan agak lembik. Kulit dugong sensitif terhadap sentuhan . Keseluruhan badannya agak berotot dan boleh mengecut dan bertukar rupa sedikit apabila badan dugong digeletek atau digaru. Bibir atas dugong pula agak kuat dan boleh mengorek makanan yang tertanam dalam sedimen laut.

Dugong boleh dikatakan sebagai haiwan yang tenang dan pemalu. Biasanya ia mengelak diri dari manusia. Dugong menghabiskan sebahagian besar masanya memakan tumbuh-tumbuhan laut, berehat , berenang dan merayau-rayau. Dugong boleh berenang sejauh 40 hingga 50 batu dari tempat asalnya dalam sehari.

Adalah dipercayai dugong agak rabun jauh tetapi ia berkebolehan membezakan warna.Dugong boleh mendengar dengan sangat baik walaupun ia tiada cuping telinga dan tidak ada keupayaan mengesan gema.Dugong berkomunikasi dengan mengeluarkan suara pekikan, hilai dan gelak ketawa apabila bermain, ketakutan atau berhubung antara satu sama lain.

Oleh kerana dugong adalah mamalia, ia bernafas menggunakan paru-paru. Dugong berenang naik ke atas permukaan air untuk menyedut nafas melalui hidungnya setiap 1-4 minit apabila ia aktif, dan setiap 10-15 minit apabila ia rehat. Lubang hidung dugong tertutup rapat apaabila ia menyelam di dalam air. Paru-paru dugong sangat besar dan ia boleh menukar 98% kapasiti paru-parunya setiap kali ia bernafas. Paru-paru ini juga bertindak sebagai pelampung semasa dugong berenang dan menyelam.

Dugong biasa hidup di kawasan teluk atau di sepanjang persisiran pantai tropika atau subtropika di mana dalam air adalah sekitar 3-20m serta terdapat taburan rumput laut yang merupakan makanan utama dugong. Terdapat dua genera dugong yang masih hidup iaitu 'Trichechus' yang terdapat di sungai-sungai di Florida, Hindia Timur dan Afrika. Satu genera lagi ialah 'Halicore', dugong yang terdapat di India, Asia dan Australia.

Dugong mempunyai jangka hayat yang agak panjang iaitu kira-kira 70 tahun. Dugong matang apabila berumur di antara 5 hingga 9 tahun. Kadar pembiakan dugong agak rendah dan dugong beranak setiap 2 atau 5 tahun sekali. Tempoh kehamilan adalah selama 13 bulan . Anak yang baru lahir biasanya seberat 18 kg dan akan tinggal bersama-sama ibunya untuk beberapa tahun sebelum ia hidup berdikari. Antara binatang lain yang hampir pupus termasuklah harimau,gajah,dugong, penyu dan orang utan.Gambar gambar juga boleh didapati di galeri kami.

Catatan penting: Gambar-gambar dugong (Manatee) yang terdapat dalam laman ini disiarkan semula dengan kebenaran daripada jurugambarnya iaitu ENCIK MICHAEL T. BRAGG.

Maklumat yang lebih mendalam mengenai dugong boleh didapati melalui link di bawah:

URL: www.homesafe.com/manatee

BACK MENU UTAMA NEXT