Make your own free website on Tripod.com
 
BACK MENU UTAMA NEXT


 
ANCAMAN 
Ancaman dan Gangguan
Kepada Tenuk.

Tenuk MalaysiaTenuk merupakan haiwan yang telah wujud dalam bentuk yang sama semenjak 20 juta tahun dahulu. Leluhur tenuk boleh di kesan sehingga 55 juta tahun dahulu di kawasan Eropah, Asia dan Amerika Utara. Walaupun begitu, tenuk kini berhadapan dengan pelbagai ancaman. Oleh kerana tenuk boleh hidup sehingga 30 tahun, tenuk berhadapan dengan pelbagai ancaman semulajadi dan daripada manusia sepanjang kehidupan mereka.  Ancaman yang disenaraikan di bawah adalah sebahagian daripada ancaman yang dihadapi oleh keempat spesies tenuk.
Diantaranya adalah :-
Ancaman semulajadi
Serangan haiwan pemangsa

Oleh kerana tenuk mempunyai kulit yang tebal dan badan yang padat dan kuat, tidak banyak haiwan pemangsa yang mengancam tenuk kecuali tenuk kecil ataupun tenuk yang terlalu tua. Di antara  haiwan pemangsa yang mengancam tenuk adalah harimau, jaguar, puma, beruang spectacled (Tremarctos ornatus), buaya, dan manusia.

Sumber baka yang terhad

Jumlah kawasan hutan yang semakin terhad menyebabkan jumlah tenuk semakin berkurangan. Lama-kelamaan, baka tenuk ini akan menjadi lemah akibat pertalian persaudaraan yang terlalu rapat di antara tenuk tersebut. Baka tenuk tersebut akan mengalami mutasi dan anak tenuk yang terhasil mungkin cacat dan lemah dari segi anggota dan fikiran. Ini adalah sebab yang sama mengapa orang Islam tidak digalakkan berkahwin dengan saudara yang terlalu rapat dengan mereka seperti sesama sepupu.

Ancaman manusia
Pemburuan haram

Pemburuan haram untuk daging tenuk merupakan ancaman yang di hadapi oleh keempat-empat spesies tenuk kecuali tenuk di Malaysia dan Sumatera. Ini disebabkan di Malaysia dan Sumatera, tenuk dianggap haram dimakan. Pemburuan haram dengan menggunakan senjata adalah lebih berluasa di negara yang terdapat banyak senjata seperti negara yang berhadapan dengan peperangan seperti Kambodia, Vietnam, Myanmar dan Thailand. Penduduknya yang miskin pula terpaksa memburu bagi mendapatkan makanan.

Pihak berkuasa pula menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pembiayaan bagi mengawal pemburuan haram ini. Ini disebabkan haiwan liar di anggap tidak dapat memberikan hasil lumanyan, oleh itu tiada peruntukan diberikan bagi melindungi mereka.

Pencerobohan kawasan hutan oleh manusia

Oleh kerana tenuk merupakan haiwan bersendirian, sekumpulan tenuk memerlukan kawasan yang luas untuk terus hidup. Sekiranya kawasan ragut mereka telah dicerobohi oleh manusia untuk bercucuk tanam, tenuk yang pemalu itu terpaksa berpindah ketempat lain untuk mencari makan. Aktiviti pembalakan dan perlombongan minyak dan bahan galian lain di dalam hutan juga mengurangkan kawasan hutan. Tenuk juga diburu oleh  pekerja pembalak dan pelombong sebagai sumber makanan mereka.

Kawasan ragut yang semakin sempit
Pencerobohan kawasan hutan oleh manusia juga menyebabkan kawasan hutan tempat tenuk mencari makanan semakin sempit. Kehidupan tenuk yang suka hidup bersendirian dan bersifat mempertahankan kawasan mereka, bermakna tenuk memerlukan kawasan yang luas bagi  menampung jumlah populasi yang boleh biak. Penyelidikan di Thailand menunjukkan bahawa 9 ekor tenuk mendiami kawasan yang bertindih seluas 256 kilometer persegi.
 
BACK MENU UTAMA NEXT